0
0 votes, average: 0.00 out of 50 votes, average: 0.00 out of 50 votes, average: 0.00 out of 50 votes, average: 0.00 out of 50 votes, average: 0.00 out of 5
Loading...

Bunga-Bunga Jodoh | Telefilem – gempakmovie

Bunga-bunga Jodoh mengisahkan perihal seorang gadis bernama NurDiana atau Dee (Fathia) yang bercinta dengan bossnya sendiri bernama Wan Hanafi (Azhar Sulaiman). Sudah dua tahun mereka bercinta namun Wan Hanafi tidak pernah datang menemui ibubapa Dee menyebabkan ibubapa gadis itu mendesak Dee supaya meminta Wan Hanafi masuk meminang dengan alasan tidak elok bercinta terlalu lama. Sementara itu, Zahir (Aiman), seorang jejaka yang bertanggungjawab dan penyayang telah digesa oleh bapanya untuk mencari calon isteri namun tidak diendahkan oleh Zahir yang menganggap perkara itu tidak penting.

Dee dan Zahir berjumpa secara tidak sengaja di sebuah mall ketika Dee sibuk membeli kek untuk kekasihnya, Wan Hanafi. Setelah itu mereka bertemu lagi buat kali kedua dan ketiga sehingga keduanya menjadi kawan. Suatu hari, bapa Dee terlanggar bapa Zahir lalu mereka membawa bapa Zahir pulang ke rumah. Di sana mereka bertemu dengan Zahir dan sifat bertanggungjawab serta penyayang yang ada pada diri Zahir membuatkan ibubapa Dee berkenan untuk menjadikannya menantu. Mereka melahirkan hasrat itu kepada Dee namun ditentang oleh Dee yang mengatakan dia sudah ada calon suami iaitu Wan Hanafi. Ibubapa Dee sekali lagi mendesak supaya Dee meminta Wan Hanafi masuk meminang. Wan Hanafi yang pada mulanya menolak akhirnya akur setelah ternampak Zahir dan Dee berbual mesra diluar bangunan pejabat mereka. Malam itu, Dee dan ibubapanya menunggu kedatangan Wan Hanafi namun jejaka itu tidak muncul selepas tiga jam berlalu. Rupa-rupanya Wan Hanafi sedang berseronok dengan seorang gadis lain di pejabatnya dan telah ditangkap khalwat. Kejadian itu begitu mengecewakan Dee dan Zahir menjadi tempat bagi gadis itu untuk melampiaskan kemarahan dan kesedihannya. Zahir yang mula jatuh hati kepada Dee telah meminta bapanya untuk melamar Dee tanpa pengetahun Dee. Lamaran itu diterima oleh ibubapa Dee dengan lapang dada.

Apakah kesudahannya? Adakah Dee akan setuju?


Gempakmovie.comGempakmovie.com

Views: 105

Genre: Uncategorized