Turn off light Favorite Comments () Report
  • Server Youtube
10
2 votes, average: 10.00 out of 52 votes, average: 10.00 out of 52 votes, average: 10.00 out of 52 votes, average: 10.00 out of 52 votes, average: 10.00 out of 5
Loading...

Filem Melayu Klasik LAILA MAJNUN 1962

Filem Laila Majnun (1933) ialah filem Melayu pertama yang ditayangkan di Tanah Melayu. Filem ini dihasilkan oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah dari India pada tahun 1933. Ia diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical, yang berasal dari Bombay tetapi beroperasi di Singapura. Watak utama Majnun dibawa oleh seorang pelakon bangsawan, M. Suki.

Filem Laila Majnun ini kemudiannya diterbitkan semula pada tahun 1962 dengan menampilkan pelakon Nordin AhmadLatifah Omar dan beberapa pelakon lain.

Plot

Filem Laila Majnun diterbitkan oleh K.R.S. Chisty, seorang ahli perniagaan India di Singapura pada tahun 1933. Karya ini diadaptasi daripada cerita cinta klasik rakyat Timur Tengah mengenai percintaan yang tidak direstui dan dipisahkan oleh keluarga masing-masing melalui watak Laila dan Majnun.

Pelakon

Antara pelakon yang berlakon dalam filem Melayu pertama ini ialah:

  1. Pak Suki
  2. Cik Tijah
  3. Yem
  4. Sharif Medan
  5. Fatimah Jasmin
  6. Syed Ali Mansoor Al Attas
  7. Khairuddin

Sejarah pemfileman

Pembangunan

Pelakon-pelakon ini boleh dikatakan semuanya terdiri daripada pelakon-pelakon bangsawan. Filem ini juga diadaptasi daripada cerita bangsawan oleh kerana sebelum itu, cerita-cerita bangsawan adalah antara bentuk hiburan terawal di Tanah Melayu. Tidak ada salinan filem ini yang diketahui masih ada.

Tayangan dan reaksi

Prestasi

Filem Laila Majnun ini ditayangkan kali pertama di panggung Alhambra, Singapura dan mendapat sambutan yang baik hingga panggung penuh sesak setiap kali pertunjukan. Apabila sesebuah filem ditayangkan selama seminggu di sebuah panggung, filem itu dapatlah dianggap mendapat sambutan yang baik sekali pada masa itu. Selepas filem itu ditayangkan selama seminggu di Singapura, ia dibawa ke Pulau Pinang dan ditayangkan di sana selama 2 minggu pula.

Penggambaran

Penggambaran filem ¨Laila Majnun¨ dilakukan di Singapura dan telah memakan belanja kira-kira 5000 Seorang bangsawan Seri Panggung yang terkenal di Singapura pada masa itu, Che Fatimah Bt. Jasmin telah terpilih sebagai wirawati atau Seri Panggung. Che Fatimah yang juga merupakan penyanyi piring hitam yang terkenal juga menyanyi dalam filem itu. Wira atau orang muda dalam filem itu ialah M. Suki B. Nurudin, orang muda bangsawan yang terkenal dan menjadi pujaan ramai.

Stail

Laila Majnun ialah sebuah cerita daripada kumpulan Hikayat Arab yang mengandungi kisah percintaan asyik masyuk dari 1000 tahun dulu. Oleh sebab cerita ini sangat disukai ramai semasa dipersembahkan di pentas-pentas bangsawan, maka ia difilemkan pula. Bagi menjaga keaslian cerita ini, persembahan filem itu juga dikatakan disulami dengan lagu-lagu dan tarian Arab dan Mesir yang indah-indah. Dialog dan nyanyian dalam filem itu dikatakan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Dalam filem, para pelakon dikehendaki mengingati skrip dan cuba menyebutnya dengan betul. Keadaan ini juga menimbulkan masalah kepada para pelakon. Pelakon-pelakon bangsawan yang berpengalaman berlakon di pentas secara spontan mengalami kesukaran untuk mengingati skrip dan mengikut arahan pengarah.

Views: 50

Genre: Filem Melayu

Director:

Actors: ,

Country:

Duration:

Release: