Turn off light Favorite Comments () Report
0
0 votes, average: 0.00 out of 50 votes, average: 0.00 out of 50 votes, average: 0.00 out of 50 votes, average: 0.00 out of 50 votes, average: 0.00 out of 5
Loading...

Ku Petik Dosa | Telefilem – gempakmovie

Nia Qaseh, anak perempuan kesayangan pasangan Aina dan Haris. Segala kemewahan dan kesenangan di curahkan kepadanya. Sanggup melakukan apa saja asalkan anak kesayangan mereka ini berasa selesa. Namun keadaan kewangan yang meruncing memaksa Aina kembali bekerja untuk membantu Haris mendapatkan sumber kewangan. Nia di tinggalkan dibawah jagaan jiran mereka, Khalid dan Sal.

Pada mulanya, Khalid dan Sal melayan Nia bagai anak sendiri. Segala kasih sayang dicurahkan kepada Nia. Nia bagaikan penyeri dalam keluarga mereka. Namun, keadaan berubah apabila Khalid diberhentikan kerja. Sal menyuruh Khalid mencari pekerjaan yang lain, tetapi Khalid tidak mahu. Dia hanya mengharapkan wang yang diberi Aina untuk menjaga Nia sahaja. Melihat akan keadaan Khalid yang tidak mahu mendengar kata-katanya, Sal mengambil keputusan untuk meniaga goreng pisang dan kuih-muih ditepi jalan. Nia ditinggalkan dalam jagaan Khalid.

Semakin lama menjaga Nia, Khalid merasakan seuatu perasaan yang lain apabila menyentuh Nia. Gelora nafsunya tak dapat dikawal. Dia mengambil peluang untuk menodai Nia bila Sal keluar meniaga. Perbuatan Khalid itu diketahui oleh Sal. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana diugut oleh Khalid. Sal mendera Nia untuk melepaskan amarahnya pada Khalid.

Nia berubah menjadi seorang yang pendiam dan mudah terasa. Kebetulan, Aina disahkan mengandung lagi. Dia menyangkakan yang perubahan Nia itu disebabkan perasaan Nia yang kurang senang bila mengetahui akan mendapat adik tidak lama lagi. Kesibukan Aina dan Haris menjadikan mereka kurang peka akan perubahan-perubahan Nia.

Sehinggalah suatu malam, Nia muntah darah dan kemaluannya berdarah. Aina segera membawa Nia ke hospital. Setelah menjalani pemeriksaan, didapati Nia telah didera dan diperkosa. Keadaan Nia sangat parah. Aina bagaikan tidak percaya akan kejadian yang menimpa anaknya. Dia menghubungi Haris dan Sal untuk memberitahu kejadian yang menimpa anaknya itu. Namun tiada seorang pun yang menjawab panggilannya.

Khalid mengugut Sal supaya tidak memberitahu segala perbuatannya kepada Aina dan Haris. Dia menyuruh Sal bersikap seperti tiada apa-apa yang berlaku dan mengajak Sal melawat Nia di hospital. Apabila Sal melihat keadaan Nia yang lemah dan tidak berdaya itu perasaan keibuannya tersentak. Dia begitu menyesali perbuatannya. Dia mengambil keputusan untuk memberitahu pihak polis dan Aina tentang apa yang dilakukan oleh Khalid dan dirinya. Dia mengaku mendera Nia dan Khalid telah memperkosa Nia. Aina bagai tidak percaya bila mendengar pengakuan Sal itu. Dia memukul-mukul Khalid. Sedang keadaan kecoh-kecoh, Nia menghembuskan nafas terakhirnya.

Khalid dan Sal ditangkap oleh pihak polis. Aina dan Haris menjual rumah mereka kerana tidak sanggup lagi tinggal di situ. Kenangan bersama Nia meruntun jiwa mereka. Mereka menyesal kerana terlalu mempercayai jiran mereka dan mengabaikan tanggungjawab mereka kerana masing-masing sibuk bekerja. Tamat

Gempakmovie.com

Views: 89

Genre: Uncategorized

Actors: , , ,

Country:

Duration: