0
0 votes, average: 0.00 out of 50 votes, average: 0.00 out of 50 votes, average: 0.00 out of 50 votes, average: 0.00 out of 50 votes, average: 0.00 out of 5
Loading...

Taubat Nasuha (2019) | Telefilem – gempakmovie

Hasil perkahwinan Syamizi dan Laila mereka dikurniakan 3 cahayamata iaitu Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun. Laila sedang mengandung anak empat dan usia kandungan nya 4 bulan. Ketiga-tiga anak Syamizi begitu nakal pada pandangan Syamizi. Ini kerana Syamizi adalah seorang ayah yang cepat panas baran akibat tuntutan dan didikan hidup dari arwah ayahnya yang merupakan seorang tentera. Akibat dari itu, cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya yang garang dan bengis serta berdisiplin. Pantang sahaja sedikit silap anak, mesti rotan atau sepakan singgah di muka anak itu. Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila jugamenjadi sasaran baran Syamizi. Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar namun tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi. Kesabaran Laila cukup tinggi memandangkan sebagai seorang isteri, dia sedar syurga itu di telapak kaki suami. Apa yang berlaku di dalam kelaurga Syamizi itu disedari oleh mertuanya Haji Osman, yang tidak suka mencampuri urusan rumahtangga anak menantunya Namun setiap kali kalau anak menantu dan cucunya pulang ke kampong pasti akan dinasihati atau paling tidak akan diberikan buku panduan rumahtangga atau kitab-kitab untuk rujukan mereka sekeluarga. Masa terus berlalu. Kandungan Laila juga semakin hari semakin membesar. Begitu juga dengan Syamizi semakin menjadi-jadi barannya. Syamizi lebih selesa dan seronok bila dia bersama kawan-kawannya di pejabat tapi sebaik sahaja dia menjejak kaki di halaman rumah, sikapnya mula berubah. Tawaria kini berganti maki hamun. Anak-anak pula semakin nakal. Di sinilah kemarahan Syamizi memuncak bila dia menghantukkan kedua kepala anak-anak itu, sehingga pagi itu menjadi suram dalam keceriaan anak-anaknya untuk ke sekolah.

Tonton episod penuh di:
http://www.tonton.com.my

Langgan Youtube kami:
► TV3: https://bit.ly/2u3wcJV
► TV9: https://bit.ly/2ML14If
► DS: https://bit.ly/2KuVyXd

Ikuti Instagram kami:
► TV3: https://www.instagram.com/tv3malaysia/
► TV9: https://www.instagram.com/tv9malaysia/
► DS: https://www.instagram.com/dramasangat/
► ST: https://www.instagram.com/senangterhi…


Gempakmovie.comGempakmovie.com

Views: 444

Genre: Telefilem